Pemansuhan ISA Gerakan_Mansuhkan_ISA

Pada 15 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan total Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh menyatakan pemansuhan ini membuktikan berlaku kezaliman semenjak ISA dilaksanakan oleh British dan diteruskan oleh kerajaan Malaysia.Sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 16 September 2011.Turut hadir ialah bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray, isterinya Norlaila Othman dan AJK PAS Pusat, Nuridah Salleh.

GMI mahu Perdana Menteri menetapkan tempoh masa ISA akan dimansuhkan. Jika lebih dua tahun, tentulah tidak bermakna. Usul pemansuhan ISA hendaklah dibentangkan pada sesi Parlimen 4 Oktober, November dan Disember akan datang. Tahanan dan keluarga mereka hendaklah dibayar pampasan berdasarkan tempoh tahanan dan kadar siksaan. Kem Tahanan Kamunting mesti ditutup dan dijadikan warisan dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan.[3]

Tranformasi ISA ini akan melibatkan :

  1. Perlembagaan Persekutuan;
  2. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
  3. Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
  4. Akta Kediaman Terhad 1933;
  5. Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
  6. Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
  7. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
  8. Akta Buang Negeri 1959;